This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, September 8, 2016

Harinya dah sampai - Cyst Laparoscopic Surgery

6.00am pagi aku dah bangun.
sebab nak kena makan balance ubat pekat masin payau tu.
untuk kali kedua kena makan, berkerut lagi muka aku tahan siksa.
rasa nak nangis pon ade.
Dr Rabin ngan kakak misi dah pesan, aku tak bole minum air dah sebab puasa.
Tapi aku langgar je.
Ko gila nak makan ubat masin payau serba hazab tu tanpa air?
yang aku ingat, aku minum around 2 gelas air sebab nak hilangkan rasa terok ubat tu.
Lantak la wey. Aku yang sengsara bukan korang tau.
sampai sekarang pon aku ingat lagi rasa die tau.
tetibe nak muntah pulak bila teringat..huhu
Serik gila.
Pastu aku siap2 mandi semua.
kemain wangi2 macam nak pegi jalan.
nak pegi operate je pon.
siap2 ngan baju hospital, kakak misi dah readykan since malam tadi.
menyampah tol pakai baju nie.
Die bertali2 kat belakang, leceh.
Lepas pakai aku tekan bell nak mintak tolong ngan misi ikatkan tali baju.
takkan nak kuar carik dorang pulak kan?
tebarai kang baju tu sape nak jawab?..hahahahh

Pakaian rasmi saya untuk pagi tu..hikhikk


7.30am macam tu papa sampai.
Papa amek cuti hari tu sebab nak teman.
Pastu Dr. Rabin pon sampai jugak.
Senyum2 tanye khabar aku.
Die soh aku ready pukul 8am.
Aku sengeh je la. Nak cakap ape lagi kan?
Dah memang sampai time kena serah diri.
8.00am tajam2 kakak misi datang bawak wheel chair.
Aku dok diam2 situ and kakak misi pon tolak.
Die cakap kat bilik OT tu nanti sejuk.
bukan sejuk sikit. Tapi sejuk banyak.
Aku dah agak dah. Mesti sejuk macam masa buat CT Scan tu..huhuu

Before gerak gi OT room, soh kakak misi modified jarum kat tangan.
Dah rasa sakit and bengkak. So kena tukar yang baru.


Korang rasa ape yang aku buat tu? nak nangis? malu? hahahaha..:D


Nie masa dalam lift. Aku blur je masa tu. Ngantuk ade laaa...haihhh..


Sampai kat luar bilik OT, kena baring atas katil sorong yang dorang dah ready untuk aku.
Kena interview dulu ngan assistant pakar.
die tanya nama, ic, ward and jenis operation yang aku nak buat.
Cerita sikit2 procedure operation and mostly aku paham la.
Sampai tahap tu je, pastu papa tak bole teman lagi.
Sedihnye masa papa nak tinggalkan aku sorang2..huhu
Masuk dalam bilik tu attendant sorong katil aku kat satu sudut.
maybe masa tu Dr Rabin and pakar bius tengah buat preparation.
Sejuknye ekon masa tu. Tahap gigil gaung la. Selimut pon tak cukup.
Ada sorang attendant tu tanye, sejuk eh?
pehhh…rasa nak tumbok2 je. Lagi nak tanye kan?
Die amek satu selimut plastik letak atas badan aku.
and aku tengok die pump angin dalam tu.
Selimut plastik tu bentuk bubble and kembang macam selimut.
Haaa..baru syok. Rasa panas sikit tak sejuk macam tadi.
Tetido aku kejap kat situ.
A few minutes lepas tu, rasa orang sorong katil aku.
Owhh okay, die nak bawak masuk gi OT Room.
dalam tu seram. Nampak lampu besar ngan barang2 operation.
ada dua orang assistant.
sorang pakar bius and Dr Rabin as aku punye pakar bedah.
Aku tak ingat nama pakar bius tu ape.
Tapi die tu kelakar. Tanye aku macam2 pastu aku bantai gelak je.
Psiko jer kot, sebab nak kurangkan rasa takut ngan gemuruh aku.
Die cakap, die akan bagi aku 2 jenis bius procedure which is aku akan pengsan seluruh badan. 
Eh betul ke tak ayat tu?
lebih kurang macam tu la.
Ada dua jenis bius, satu yang pakai oksigen, 
and satu lagi bentuk liquid die cucuk kat tangan nanti.
After pakar tu explain semua, mulalah assistant die buat keje.
Pakaikan aku oksigen and dorang suruh aku aku tarik nafas and sedut dalam2.
Okayyy..masa die dah sampai.
Hopefully semua dipermudahkan.
Yang aku ingat, dua kali je aku sedut oksigen tu dalam2 pastu aku dah tak ingat apa2. 
Pembedahan pon berjalan…..


Sumber Pakcik Google. Nie contoh laparoscopic surgery. Kaedah meminimakan
luka pembedahan tapi awas, anda memerlukan tahap kepakaran yang super bagus 
kerana semua memerlukan daya mata dan tahap pemikiran yang hebat.
Perut aku macam nie jugak la. Kena masukkan gas dulu, pastu jadi gelembung macam tu.
Tu proses biar semua organ dalam perut tu mudah untuk dilihat dan dikerjekan..hahaaa
Pastu siap ko, balik ward je perut ko rasa sebu angin je..huhuu


Around 11.30am macam tu aku rasa macam ada orang kejutkan aku.
Tersedar, tapi mamai.
Yang aku tau masa tu aku nak muntah kesan ubat bius tu.
Kakak misi yang dah ready nak tolak aku masuk dalam ward tolong aku masa termuntah tu.
Dorang dah readykan plastic bag muntah kat tepi badan aku.
Masa tu sayup2 je dengar suara Papa.
After dah muntah tu aku pengsan balik..hahaa
Tetibe aku terdengar suara orang cakap2 keliling aku.
Owhh..dah sampai ward eh?
Dorang transfer aku kat katil ward from katil OT room tadi.
Bukak mata kejap, samar2 nampak Kak Long, Papa, kakak2 misi.
Ofismate pon aku nampak, Kak Anne, KC, Amoi..tapi semua blur2 je.
Dengar dorang berbual2 pasal aku.
Tapi tak pasti apa yang dorang cakap.
Yang aku tau masa tu memang aku mamai sangat2 rasa nak tido tamo bangun2.
Tetibe tesedar rasa nak muntah lagi.
Muntah2 sampai rasa nak tebarai perut. 
Pastu aku merengek cakap nak terkencing.
macam nak meletop dah pundi kencing aku tu.
kakak misi kate aku tak bole bangun lagi.
Ubat bius tu strong lagi, so aku still tak bole jalan.
Die soh aku kencing je atas katil tu, nanti die bersihkan.
Dalam mata tertutup tu aku membebel, 
Mane bole kencing atas katil, kencing tamo kuar kalo tengah baring.
aku dengar ada orang tergelak.
Eeee..bodo tau. Lagi nak gelak2. Tumbok kangg.
Orang nak terkencing laaaaa!!!
Dalam tak sedar, masa tengah membebel merepek cakap nak kencing tu,
aku tertido balik. Terpengsan lagi.
Tetibe terjaga lagi. Muntah lagi.
Adoii…siksanya…T___T
Lepas muntah, tetido balik.
Tersedar lagi.
Panggil Papa cakap nak gi kencing. 
Tapi mata aku tutup, mulut bercakap.
Papa cakap aku tak kuat lagi.
Die soh kencing je atas katil.
Yang aku tau, masa tu aku cakap aku nak kencing. Nak kencing. Tak tahan dah.
Papa cakap tak boleh gi toilet. Nanti aku jatuh.
Aku membebel lagi. Merepek lagi. Pastu tetido balik.
Aku celik mata, terus ternampak jam.
Pukul 2.30pm.
Rasa nak kencing lagi.
Panggil papa cakap nak kencing.
Papa tanye mata nampak tak?
Kuat tak nak bangun?
Aku cakap boleeee…pastu aku try bangun.
And yes, memang bole bangun tapi kemain payah plus ngan mamai lagi.
Papa tolong aku bangun and papah sampai toilet.
Masa tu memang bole rasa yang kaki aku tak jejak bumi.
Memang papa papah and pegang tak lepas aku la kiranya, takut aku jatuh.
Sampai dah siap kencing semua, aku gi cuci muka kejap.
Mak aii, leganya dah lepas hajat tu. 
Gila ko aku bertahan tak kencing dari pukul 8am tadi.
mau tak meletop pundi kencing aku tu..huhuu
Pastu gi katil balik.
Kepala letak atas bantal je terus tetido lagi.
Tak taulah berapa kali aku terjaga, termuntah, tertido.
gitu je la.
Dalam pukul 7.30pm macam tu, 
aku tersedar macam ramai sangat dalam bilik aku.
Nampak mak, adik2 aku, kak long, papa ngan anak2 aku.
Sengeh jap.
Tak mampu lagi nak cakap apa2 banyak2 sebab still mamai.
So aku mampu perati and dengar samar2 je dorang berbual.
Aku tak tau la apa jadi sepanjang aku tido tu.
yang aku tau, si kakak malam tu teman aku.
nak jaga mama die kate, since besok pon die cuti skola.
Dalam pukul 11pm macam tu aku tersedar.
rasa nak bangkit gi toilet sebab nak gi kencing.
tetibe dengar kakak jerit, mama nak pegi mane?
aku cakap la nak gi toilet.
Hishhh mama nie, cakap la nak gi toilet.
Jangan pegi sorang2 nanti jatuh.
Papa dah pesan macam2 kat saya soh jaga mama tawuu??
Aku sengih sorang je masa die cakap macam tu.
Memang consider die jaga and bantu aku la malam tu.
nak apa cakap jelah semua menjunjung titah..hehee


Suratan atau kebetulan?
Tahun 2011 operation appendiks ngan ovarian drilling. Tahun 2016 
operation cyst. Beza lima tahun. Tarikh sama...:D

Habis dah cerita untuk hari pembedahan tu.
Sambung lagi next entry eh.
Babai.

2 comments: