This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Wednesday, September 7, 2016

Pengalaman procedure CT Scan yang kemain hazab.

Nie pengalaman aku warded kali kedua kat KPJ PG nie.
First time warded masa preggy Elsazara 5 months.
That time aku kena food poisoning.
Luckily tak muntah2 tapi Cuma kena diarrhea jek.
Pon siksa jugak masa tu.
Takut anything happen kat baby, so kenalah warded..huhu
Yang nie pulak consider 2nd time la.
sakit lain pulak..haihhhh
bezanya tak preggy la. 
normal condition jek.
Sambung balik cite tetangguh tu.
Around 5pm macam tu, baru bilik aku ready.
naik mengantuk tunggu kat ruang admission tu.


Selamat beristirehat..:)


Dok dalam bilik sorang2 sementara nak tunggu papa datang.
Papa balik keje pukul 6.00pm.
Tapi die kena balik umah dulu uruskan anak2.
Dah settle baru die datang ward.
Sambil2 tu main whatsapp ngan anak dara aku yang sorang tu.
kesian pulak die tinggal sorang2 kat umah.
Since die pon tak tau yang mama die nie dah masok spital..hahaha


Budak bertuah!!!


Around 7pm macam tu Dr Rabin datang visit.
die nak check aku dah dapat bilik ke belum.
Die pon ada tanye aku nak buat CT Scan malam tu or pagi besok?
Of cos la aku nak malam tu jugak since aku dah penat tunggu.
Alang2 penat, biar penat terus.
Dalam pukul 8.00pm macam tu aku kena salin baju hospital kaler hijau putih tu.
Macam biasa, bila nak pegi scan nie serupe jugak macam nak x-ray.
segala besi or barang kemas tak bole pakai.
No pakaian dalam..no..no..no…
silalah berbogel dalam pakaian hospital tu yer.
padan muke aku.


Sempat lagi nak selfie before gi CT Scan tu..:P



8.30pm macam tu, kakak misi datang bawak wheel chair.
gi duduk sane diam2 tunggu kakak misi bawak gi bilik diagnostic.
Aku bole dok membebel and nyanyi2 lagi masa kakak misi sorong wheel chair tu.
Suke yer? Nyanyi2 yer? Die tak tau ape yang tunggu kat bilik CT Scan tu.
hadap la ko nanti meyahoney..kahkahkahhh
Sampai bilik diagnostic ade lagi sorang staff tunggu.
Senyum kat aku and confirmkan nama aku and tujuan CT Scan tu.
Aku sengeh je…hehee
Die cakap, CT Scan tu akan dibuat dari paras dada sampai paha ikut jenis penyakit.
before masuk bilik tu ada procedure yang aku kena follow.
procedure jenis ubat2an untuk bagi effect bombastic masa CT Scan tu tengah buat keje nanti.
Aku angguk je. Sebenarnye sambil dengar tu aku menggigil.
Bukan takut tapi sejuknye ekon kat situ..haihhhh

Ubat pertama aku kena hadap is kena minum 3 cawan air ubat.
Pakai straw yer.
Tengok kaler kemain cantik. Ala2 kaler oren macam air twister gitu.
Sekali bila dah sedut straw tuuuuuu.
Makkkkk!! Pasaipa rasa dia buruk lagu tuu?
Bohong je kaler oren tu, buat perasa je.
Tapi rasa pahit ngan bau die, giler hazab…T____T
Bila dah habis minum tu, lega sangat.
Even ada masa2 macam nak muntah pon ade..huhu
Masa tengah nak tarik nafas lega,
staff diagnostic cakap, jom masuk bilik scan.
aku pon tak tau nak cerita macam mane bilik tu.
Yang pasti, die punyer sejuk dah tahap macam ko mandi dalam tasik salji.
Sejukkkkk bak hanggg!!!!
Die suruh aku baring atas platform tu sambil mengiring.
sambil tu aku dah tarik selimut menggigil sejuk.
Staff tu cakap aku kena buat 2nd procedure before scan.
sebab tu la die suruh mengiring.
Ada tiub getah panjang die nak masukkan ubat ikut bontot.
Adoyaiii..hazab lagi!!
3 kali ubat masuk. Macam rasa nak teberak pon ade.
Serious terok rasa die..huwaaaaa…T___T
Staff tu senyum je tengok aku.
Muka aku dah terkulat2 dah masa tu.
Then die pon cakap, dah bole mula scan.
Die suruh aku baring tegak2 diam2 tangan letak kat atas.
Pastu die bagitau yang aku ada lagi last procedure untuk masukkan ubat dalam badan.
rasa mulut nak menganga.
Hazab apekah lagi??
Staff tu cakap during scan nanti die akan masukkan ubat tru tiub kat tangan tu.
That time aku still tak bole imagine. 
Yang aku bole pikir rasa die sama je macam masuk air tu.
So proses scan pon berjalan.
keluar masuk platform yang aku baring tu dalam terowong kecik tu.
tetibe staff tu announce dari dalam bilik kecik cakap nak masukkan ubat.
Die cakap, sakit sikit yer.
Haa?? Sakit??
3rd procedure ubat berjalan.
tetibe aku rasa sakit macam nak meletop tangan aku.
Okay, die tengah masukkan ubat using tiub yang berlingkar2 tu.
tetibe lagi aku tejerit sakit. Auto tejerit.
Pehhhhh..giler sakitttttttt!!!!!!!
masa tu aku rasa macam nak cabut2 wire kat tangan tu.
masa tu jugak aku rasa macam nak bergolek jatuhkan diri dari platform tu.
rasa nak tebarai2 tangan aku tu masa ubat tu masuk.
ternangis kejap.
hazabnye…huhuu…T___T


Sumber Pakcik Google. Macam nie la rupe CT Scan tu.
Cara baring and angkat tangan tu sama je macam aku buat.


Tu la procedure CT Scan paling jahanam, paling hazab.
Ko imagine, urat darah ko yang halus tu, dorang paksa masuk ubat laju2.
tahap kete ferrari racing 500km/jam
kalo ikut normal 50km/jam tu pon dah rasa acah2 laju..huhuu
orang dah rasa je tau sakitnye macam mane.
bila teringat tetibe rasa macam nak nangis pulak.
memang giler sakit la…:(
Siap semua procedure baru bole balik ward.
duduk balik atas wheel chair and tunggu kakak misi ward aku datang amek.
tak sabor nak balik ward nak cite ngan Papa..huhuu
Balik ward terus mandi and bersihkan diri.
Papa dah bawak semua kain baju untuk holiday kat sini.
rasa fresh and baru rasa lapar nak makan.
Sehari suntuk tak makan.
Papa tapaukan dari luar.
Around 10pm macam tu Dr. Rabin datang visit.
tanya condition aku macam mane.
then die explain result darah and CT Scan tadi.
Dr Rabin cakap, result darah aku semua okay.
Takde simptom cancer or whatsoever.
Okay, lega sangat. Alhamdulillah.
Then Dr Rabin bagitau result Ct Scan. 
And comfom, CT Scan menunjukkan yang aku memang ada problem cyst.
Cyst aku dah bengkak dgn diameter 8cm x 5cm and perlukan operation.
tapi Dr Rabin tak bole buat operation besok sebab die ada 2 appointment operation. 
So, die kate die bole buat lusa, which is hari Jumaat.
Then, aku ada masa satu hari untuk rehat and berpuasa before operation.
Dalam hati berkata2, ermmm..memang lama la aku dok menebeng dalam ward nie..huhu
Habis dah satu hari aku yang memenatkan dan menakutkan.
hopefully malam ni bole tido lena.
sebab rasa nak tebarai badan sebab kepenatan..T___T
After settle semua, Papa pon balik.
Malam tu aku tido sengsorang jek.
It's okay since aku pon bukan sakit terok bebeno sampai nak ade orang teman.
Kakak2 nurse yang lawo pon ramai.
tekan je button kalo ade problem..hehee

Tapi kan malam tu, masa tengah syok2 tido tetibe aku terjaga.
bukan jumpe hantu ke ape laaa.
tetibe tangan aku yang cucuk2 tu sakit berdenyut2.
Kuat denyut die sampai aku tak bole tido..huhuu
aku suspek urat aku kat situ bengkak sebab masuk ubat pecut laju2 masa CT Scan tadi.
memang giler sakit la. Tarik nafas panjang2 jugak masa tu.
Dalam masa membebel sakit tu entah pukul berapa aku tido balik pon tak taulah.
sedih sangat. Dahlah sorang2. Sakit pulak tu…T___T
manje kededek sangat aku nie..haihhhh


Tangan nie la yang sakit sangat tu. Berdenyut2 kemain. Rasa nak cabut je..huhuu

Panjang sangat dah nie entry aku.
Nanti sambung next episod eh.
Lapo. Nak makan..hehee
Babai.


No comments:

Post a Comment