This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Tuesday, September 6, 2016

Sakit di musim raya

Bismillah..
Lamanya tak berkunjung dalam nie.
Tetibe dah bulan September. Macam magik weyy.
Skill nak story pon dah ke gaung.
Mehla slowly2 kite bukak story eh.
Hopefully lepas nie bole beranak pinak teros storynye..hehee
Knowing kan. Raya syawal baru je berlalu.
As for aku nie, tak berapa nak syok raya tu since condition tak berapa nak best.
Semua start masa bulan puasa hari kedua.
jeng..jeng…jengg..
Nak dijadikan cerita, aku datang bulan dah lambat sebulan.
So happen, masa bulan puasa day 2 tu tetibe aku notice macam aku terperiod.
Okay, rasa susah hati dah hilang.
Then, period tu macam biasa la. 
Cuma yang tak bestnye, quantity die tak normal macam biasa.
Die macam spot2 je.
Paling tak best lagi, proses tu melarat dari 7 hari ke 14 hari ke 21 hari dan seterusnye.
Mulalah nak menggelabah and terus nak carik klinik.
Kalo tak salah masa tu lagi 4 hari nak raya.
Kebetulan masa tu pon aku kena attack sakit perut sekali.
Okay. Aku pon cite masalah aku kat doktor tu.
so doktor check2 die kata aku kena gastrik and die bagi ubat stop darah for period aku tu.
Aku balik umah dengan senang hati yang konon2 masalah aku dah settle.
Dalam otak pikir nak raya je.
Kemain makan ubat dengan berhemah yang kononnye nak baik cepat.
wehh..nak raya tawuuuu?
Opkos la nak sihat je kan.
Since umah pon tak siap housekeeping lagi nie.
tebarai2 umah aku tu bersepah2.
Besoknye, dengan badan yang tak berapa best gigih jugak nak housekeeping sempena raya.
Tapi in the middle surrender sebab sakit perut tu datang.
So, si kakak ngan Papa je la yang kejekan umah sampai selesai.
Aku jadi mem jek. Arah itu dan ini. Ku bahagia..kahkahkahh
Tiba syawal pertama, jadi hal lagi.
Baju raya aku bole tebako masa iron.
Pehhh..nak nangis kuar air mata darah T___T
Nasib ada baju second option.
Lantak la, jadi tak bertema kaler sudahnye.
Raya tetap raya.
bargambo tak sudah. Selfie tak sudah.
takpe, buat kenangan je kan.
bab makan2 pon jangan cite la.
makan saje la kejenye.
Lupe sekejap yang perut aku tu gedik tengah sakit.


Budak happy dapat raya ngan baju kurung and hand bag.

Family pic. Tengok tu anak dara aku, dah beso naw2 kan? Effect duduk depan nampak
die lagi beso dari mama die. Walauponnnn....;P


Berbalik pada sakit aku tu,
nasib aku baik, bleeding pasal period aku tu dah stop.
Cuma sakit perut tu tak berapa nak stop.
benda yang aku ingat gastrik tu ku kaborkan kat mak.
mak macam biasa buatkan aku air 'teh halia yang mencengkam kehidupan.
minumlah aku sambil berpoloh2. Pedas.
biasanye kalo kena gastrik, tu je lah ubatnye.
memang baik punye lepas tu.
A few days after tu bleeding aku keluar balik.
ermm..okay. Petanda tak best nie.
Mulalah aku cargas gugel sana sini carik info.
makin lama baca and carik info, makin menakutkan aku pulak.
Ko giler, semua info tu pasal penyakit pompuan yang bawak mati.
takot siott!!
lama2 aku stop gugel.
tapi otak still pikir bukan2.
ada certain masa time malam2 before tido aku teringat lagi.
pastu mulalah nak pikir merepek, hujung2 aku nangis.
kenapa? Sebab aku takut..huhuu
Aku decide nak gi Pakar je buat check up.
tapi masa tu raya, Pakar tutup cuti raya.
Okay sedih lagi.
Aku usaha dulu jumpa doktor pompuan kat klinik lain yang biasa aku buat checkup.
cerita balik masalah aku dari A-Z. 
drama sikit2 buat muka sedih dan kekeliruan.
then die advise manje2 and bagi ubat yang strong sikit.
lagi seminggu die advise datang lagi untuk further checkup.
Lepas seminggu tu, aku datang balik and cakap ngan doktor bleeding tak stop.
then doktor macam pelik theb decide buat scan.
Doktor notice ada 2 benda bulat dalam perut aku.
but, yang sohih bukan fibroid.
doktor advise and soh aku refer pakar.
sebab die kate aku kena buat further ultra sound yang complete.
aku okay jek sebab rasa macam tak sabar nak tau apa yang jadi sebenarnye.
Alaaa..ngantuk
nanti aku sambung lagi eh next entry.
Babai.

No comments:

Post a Comment