This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Tuesday, August 8, 2017

Weekend Short Vacay - Hatten Hotel, Melaka

Kitorang kalo dah boring sangat kat JB, otak mula la merewang.
Balik2 jalan tempat yang sama, makan tempat yang sama.
Selalu otak nie meligat je nak lenjan gi KL.
Tapi KL tu jaoh dowhh.
dah la coti weekend berapa hari je.
Lagi la timing anak beranak coti sekolah ngan coti keje tak sama.
Lagi la haru sedih sentap semua.

Jalan pintasnye, biasa kalo tak dapat jejak KL,
bodo2 pon round2 Melaka je la.
So aku cuma nak cite la nie.
Bila bab Melaka, memang la kegemaran kitorang anak branak.
Setahun entah berapa kali la kitorang jejak situ..huhu
Melaka tempat jalan2 best.
Tempat makan pon best even takde la sedap sangat pon.
Tapi bole la setakat nak ubah2 selera kan.

A few years back kitorang jadik dominan ngan hotel nie.
Kalo tak Estadia, kitorang lepak Hatten.
Kenapa?
Sebab best laaaa..hahahaa

Alaaaa..best pon sebab location die tu.
Markah location die aku bagi 10/10.
Memang betul2 tengah bandar.
Takde masalah besar kalo lepak situ. Katenye.

Nak makan senang.
Nak shopping senang.
Nak jenjalan senang.
Semua ko nak keliling hotel tu je.
Kete parking elok2 tak gerak langsung. Save minyak disitu..kahkahkahh
Pastu, sila la guna kaki merewang keliling bandar melaka tu.
Senang bukan?

So far tak pernah buat review lagi kan pasal Hatten?
Previously review pasal Estadia je.
Okay jom review sikit2.
Pic aku combine2 sepanjang dah beberapa kali lepak situ.
Dah penah lepak bilik katil King ngan double.
Mana best? Honestly, dua2 best. Sebab, dua2 katil die beso gergasi.

Dah berapa kali lepak sini, aku selalu dapat harga RM250.00 untuk satu malam.
Tak pernah pulak dapat lebih dari tu.
Kalo nasib tak baik die bole jejak sampai RM300-RM400.
Gitu la lebih kurang.

Okay, jom nengok gambo.
Biorlah gambo yang cerita apa yang best pasal Hatten nie..hehee


Here the path to our room. Sunyi sepi jek.
Di jadik tak sunyi bila anak aku dok berlari jerit2 kat situ...huhuuu


Bilik super spacious. King size bed provided with 4 pillows super hempokkk. 
Me love..love..love..loveee


Yang nie pulak, masa aku try bilik double bed. Not bad jugak. Pon so much in love...
Anak aku dah start skodeng swimming pool tepi tingkap..hahaha




Nie from the other area. Small and petite living room but still selesa yang hamatttt.
Ada sofa and lcd jugak. Toksah gado2 kalo nak tengok tv.


Spacious and clean bathroom. Suke tak??


Here the small pantry. Basic as usual. But okay je kan?


Swimming pool yang sangat best. Ada sekali tu kebetulan tengah musim angin kuat.
Tak bole mandi sangat sebab asik kesejukan menggigil dowhh. Lepas2 tu bila lepak sini
lagi, consider cuaca dah okay takde lagi sejuk2 gigil..hahahaa


Budak berdua nie toksah cite. Memang kalo dah masuk dalam air tak keluar2.


During breakfast memang best la kalo kat Hatten nie.
memang macam2 ada. Sedap ke tak tolak tepi.
Bukan senang nak dapat makan sedap kalo kat hotel2 beso nie.
Korang nak makan sedap masak sendiri kat umah yer.

Untuk aku anak branak kitorang telan je apa yang ada.
Biasanya kalo kat Hatten nie, once ko booked bilik die teros provided breakfast for 2.
Kalo terlebih orang macam biasalah, sila la bayo sendiri asing2.




Tetibe lapor laaaa..huwaaa...T_______T


Makan yer nak..kasik beso cepat badan tu.


Nie shuttle bas comel tu. Korang tak payah nak menapak gi Jonker or bandar Merah tu.


Nie timetable shuttle bus kalo nak pegi Jonker street.


Before check out selpie dulu.

Tu je kot aku nak cite.
Nak cite apa yang best kat hatten, nanti kang sama je macam entry Estadia aku tu.
Die lebih kurang sama je.
Sebab Hatten ngan Estadia die sebelah2.
Apa yang menarik kat Estadia lebih kurang sama je ngan Hatten.

Lapor la. Tetibe rasa nak makan.
Nanti kalo rajin aku update review pasal tempat2 lain eh.

Tata.


Wednesday, July 26, 2017

Tips Bercuti Ke Seoul, Korea 6H 5M

Macam biasalah kan.
Bila dah habis semua cerita, baru bole layankan tips2 nie.
Nie tips gaya aku.
Orang lain aku tak tau.
Tips nie consider apa yang aku bole rumuskan sepanjang 6 hari kat sana.
Benda baik and benda tak baik yang korang bole follow or elakkan.
Aku pon before nak pegi aku study giler2 punye.
Bila sampai sana, aku apply balik mana yang perlu.
Sambil2 tu bukak mata, bukak otak, absorb semua benda yang ko gain kat sana.
Cara aku, cara jalan sendiri. Semua buat sendiri.
Consider ko tercampak kat bumi asing tanpa bantuan sape2.
Yang ko ada masa tu cuma,
1. Ilmu yang ko dapat secara teori sepanjang ko study dalam blog untuk ko guna masa kat sana.
2. Itenerary
3. Application yang ko install dalam henfon macam subway apps.
4. Note book and pen
5. Keperluan utama ko, duit Won, pakaian, makanan, ubat2an.
6. Kesihatan yang baik
7. Semangat ngan daya usaha.
Meh aku cite satu2 tips ngan pengalaman aku yang bole digunapakai kat sana. 
Pada aku semua nie penting sangat.
Sebab dari benda2 nie semua la, percutian ko akan jadik lagi teratur and berjaya.
Untuk tips nie, aku nak cerita untuk musim bunga je eh.
jangan mengade nak tanye pasal winter ke, autumn ke, tumbok kang.
Nie untuk MUSIM BUNGA sahaja. Or omputeh kate SPRING.
Ada reti??

Kenapa Seoul Korea best?
1. Korang akan rasa selamat sangat kalo berjalan2 kat sini. Setakat jinjit2 bag datin tu no hal.
    Tengok die punya safety level, memang terpegun2 la. Mungkin ada la kadar jenayah tu, tapi
    percentage die kecik la kot. Tapi serious, aku memang bagi bintang banyak2. Setakat jadik single
    traveller kat sini memang no hal punye. 
2. Tahap kebersihan yang sangat awesome. Susahnye la haiii nak jumpa sampah even sekecik2 
    kertas kat atas jalan tu. Tong sampah memang payah nak jumpa. So, bila ada kat negera orang
    pandai2 la bawak diri yer. Jangan mengade nak buat sampah macam kat negara ko tu. Die punye
    tahap pembersih aku bagi markah 10/10.
3. Bila kebersihan mengkagumkan, public toilet toksah cite la. Serious bersih dowh. Toilet kat 
    subway2 die, oh makkk haiii...memang tak berbau hancing pesinggggg. Tu consider tempat 
    tumpuan kan. Ko imagine kenapa die bole bersih and tak busuk. Serious kagum la. Tu belom
    lagi toilet kat mall2 die, siap bole buat tido lerrr. Sila bawak bekas air sendiri yer sebab dorang 
    takde paip air. Pandai2 ler kome. Macam tak reti pulak kalo gi travel negara asing nie.
4. Even dorang tak pandai sangat english, tapi dorang sangat membantu hokayyy. Lagi la yang 
    tahap2 ahjussi ngan ahjumma tu. Macam mak abah kita yang tak bole tengok anak2 die susah.
    Dorang akan tolong ko sampai ko sendiri rasa nak pelok dorang and nangis2 sebab terharu
    sangat dengan bantuan yang diberi..huhuu
5. Dekat sana banyak kaunter2 pertanyaan especially untuk tourist. Dorang banyak pakai tshirt merah.
    Tanye je la dorang. Dorang akan tolong ko mati2. Adoii, best sangat la Seoul nieh..huhu
6. Cuaca macam biasa, kena pada musim yang ko pegi, memang seronok sangat and selesa kemain
    korang nak tour2.
7.  Public transport yang sangat awesome pomm pomm pommm. Jangan takut nak gunakan especially
     subway die. Sediakan T-Money and berjalan la sepuasnye.
Dah, tu je yang aku ingat benda2 best pasal Seoul.
Sebenarnye banyak lagi tapi tu je la yang paling utama buat aku terpana bahang asmara.
Macam tak sabar nak pegi lagi..hahaha..Okay jom, semangat nie nak buat list benda wajib
yang korang kena buat.


1. MUSIM
Mula2 korang kena identify dulu musim apa yang korang nak pegi.
bukan nak pegi indonesia ke thailand ke tawuuu??
tu cuaca die tak payah nak check2.
Now korang nak pegi KOREA. So kena tau pasal musim kat sana.
So, bila ko dah tau musim, ko kena check tarikh pulak.
Untuk musim bunga yang aku pegi nie, musim die agak panjang.
selalunye start from pertengahan March sampai penghujung April.
Dah alang2 ko nak pegi  musim bunga, makesure ko pegi masa bunga sakura fully blossom.
sakura or cherry blossom bukan ada sepanjang sebulan setengah tu.
Die ada in certain time je.
So, korang kena bijak carik tarihk yang betul utk sakura blooming tu.
Pegi study setiap tarih cherry blossom every year.
pastu, untuk tarikh ko nak pegi tu ko agak2 je la tarikh die.
Selalu die lebih kurang je.
Nak check Korean Tourism punya website bole je.
Tapi dorang update lambat. Mane bole tunggu situ sebab korang dah nak kena beli flight ticket kan?
So, pape hal study dulu pasal tarikh cherry blossom tu.
Tahun 2017 punye cherry blossom blooming jatuh pada 07th Apr to 14th Apr
Tapi aku dah terlambat beli ticket since aku beli masa December.
So aku tak dapat tarikh yang aku nak tu sebab ticket banyak dah habis.
Aku dapat tarikh lewat sikit which is 18th Apr, dengan harapan cherry blossom ada lagi.
Yess, memang cherry blossom dah nyaris2 habis.
Masa aku sampai tu dah consider musim cherry blossom nak gugur dah.
Silap aku kat situ, beli ticket lambat.
Tapi kalo ko dapat ticket around that tarikh yang aku cakap tu,
memang lompat bintang kepak2 la.
But rezeki aku, even terlewat sikit still sempat lagi jumpa si sakura tu.
Even bukan masa blooming2, tapi nampak jugak depan mata anda dapat rasa ngan tangan.
Giler ko tak happy.
Macam tu pon aku dah menjakon despacito…huhuu


Tak teringin ke nak fefeeling ngan sakura macam i niehhh...hahahaha

2. FLIGHT TICKET
After dah tau tarikh and musim.
Survey ticket murah. Jangan survey lama sangat.
Cukuplah survey and study a few website then terus book.
Korang bole check dalam website,
www.Cheapflights.com
www.flighthub.com
www.skyscanner.net
www.budgetair.com
www.wego.com
www.traveloka.com
Semua website nie will buatkan comparison untuk korang.
Yang penting kena rajin and gigih untuk survey tru all these website.
3. PASSPORT
Makesure passport korang hidup eh.
Kalo rasa dah nak mati tu pegi renew cepat2.
Penting sangat nie. NYAWA hokayyy.
Macam biasa, kat Korea nanti jangan tinggal kat hotel.
Bagi diorang photocopy je kalo dorang  nak details.
Passport itself mesti korang kena pegang sendiri.
Bawak je la kemana saje korang pegi.
IC kite tak laku eh kat sana.
4. BOOKING HOTEL
Check dulu which area korang nak stay.
Korang nak jenjalan lebih kat mane dan paling mudah.
Aku suka Myeongdong, so aku book hotel kat sana.
Sila refer review hotel yang aku dah buat tu.
Myeongdong sangat2 best.
Semua ada kat situ. Sangat memudahkan pergerakan bila stay kat situ.
Carik yang buget tapi bayar lebih sikit untuk kau happy and senyum sepanjang ada kat sana.
Kat sana memang banyak hotel buget, harga pon macam2.
So pandai2 la korang, sila study google map kalo nak tau keadaan lokasi.


Every night suasana Myeongdong macam nie. Meriah je.
Nak makan carik kat sini je, ada night market. Makan je la street foods tu.


Sila carik hotel korang kat area yang aku square biru tu. This is Myeongdong area.
Kalo korang stay sini sure tak menyesal. Sebab semua benda2 best just around jek. 
Nalk lagi detail sila google segala map pasal Myeongdong.

5. MAKANAN
Kat sana ada je makanan halal.
streetfood kat Myeongdong night market tu pon korang bole makan.
Carik yang korang rasa rasional and logik untuk dimakan untuk tekak muslim.
Yang aku for sure sangat korang takkan kebulur kat sana.
Tapi, aku bawak bekalan makanan segera kat sana.
Air pon macam2 3 in 1 aku bawak. Milo la, nesscafe la..bla..bla..
kat situ ko bole 'save cost' yang banyak since currency die sangat tinggi.
So, aku dah ready siap2 sambal tumis ngan ikan kering.
aku bawak brahim ngan frozen foods brand CP.
Nasik segera aku beli kat sana je. Panaskan kat microwave.
That why aku sarankan korang carik guesthouse yang ada facilities microwave.
Memang save giler.
Makanan korea still aku makan sekadar nak merasa.
Kalo everyday makan tu, memang jahanam wallet.
Makanan korea aku makan masa kat Nami Island ngan streetfood kat night market je.



 Beli nasik segera jeeee.. Kebanyakan minimarket ngan kedai serbaneka ada jual.


 Lauk pauk abang brahim. Tak berapa ngam ngan tekak tapi nasib baik ada
sambal tumis hijau i yang pedas manis ngan ikan kering masin. So semua jadik sedap je :)


Nasik segera panaskan dalam microwave. Simple ngan mudah!!


Nie frozen foods yang aku bawak dari malaysia jugak. Brand CP ada banyak jual kat 
7E ngan Tesco. Nie lagi sedap dari brahim. Brand nie aku beli nasi ayam, nasi lemak ngan spagety.
Masa baru sampai hotel check in, cepat2 keluarkan dari dalam bag and simpan dalam fridge.


Dah siap panaskan tinggal ngap je uollss. Sejuk2 makan benda panas memang 
meletop kebabom pomm pomm pommm laaa..


Kalo korang stay kat area Myeongdong,
tiap hari kat situ ada night market.
Makanan2 street foods bawah nie korang bole dapat kat situ.
Kalo dah penat makan benda yang korang bawak dari malaysia tu,
Korang bole beli makanan2 nie.
Makan la tanpa ragu2. Kalo ragu2 jangan makan eh.
Beli tapi jangan gatal2 nak convert, memang dah tau currency mahal kan.
So anggap la harga die sama je ngan nilai duit kita.
contoh Won5k = RM5...gituuu..


Nie macam luar die roti dalam ada filling macam2..cheese la..nutella la..peanut laa..
kenyang siot makan nie.


Nie nama die bun ape ntah tak ingat..

Kebab nie portion die besar bole makan 2 orang.


Aku makan 3 kali banana nutella creepe nie sepanjang 6 hari kat sana..hehee


Stoberi coklat yang manis ya hampunnnn..sedapp!!!


This is shrimp or udang goreng tepung with sauce. Sedap wehhhh..


6. PAKAIAN
During musim bunga nie cuaca die sejuk.
Tapi bukan sejuk macam winter.
Nie die sejuk best.
Malam die bole mencecah sampai 6'c.
Siang die bole start dari 8'c (awal pagi) hingga 16'c (lewat petang)
Dan semua tu bole berubah2.
Korang kena standby pakaian tebal macam sweater ke, jacket ke, trenchcoat ke.
winter2 kot yang tetebal tu toksah. Amek space bag jek.
hand glove yang tak tebal sangat pon bole standby jika perlu.
Ada  masa2 die, die bole sangat sejuk sampai tangan ko cramp.
Kena pakai kasut  bertutup siap stokin.
jangan mengade nak pakai sandle2. Carik pasal jek.
Slipor pon tak bole.
Aku sarankan korang pakai sport shoes yang ringan.
Kat sana banyak berjalan, kasut yang ringan tu memang sangat membantu.
7. UBAT
Standby sekali ubat jangan lupa.
Ubat demam, ubat batuk, ubat seseme.
Cream kaki pon penting yang untuk urut2 tu.
Kat sana banyak berjalan, sakit kaki tak hengat.
So before tido bole sapu2.
If ada minyak2 angin pon  bole. 
8. INTERNATIONAL ADAPTOR
Hotel kat seoul plug die macam2.
So better korang ready yang international adaptor yang macam2 pin plug tu.
Aku pon bawak sekali socket plug yang panjang tu.
Bole cucuk macam2 kat situ. 
Takde la nak bergaduh sangat nak cucuk tepon la, powerbank la…bla..bla..
9. ITENERARY
Makesure itenerary korang dah buat awal2.
Carik route and plan semua cantik2.
Jangan berjalan ikut sukati je. Kalo tak korang banyak buang masa nanti. 
Pegi satu tempat, and abiskan satu tempat tu completely.


Nie details itenerary ngan budget aku kat sana selama 6 hari 5 malam.
Abaikan typo date tu yer. Suppose 2017 tapi kat situ 2016 pulak haihhh..


Nie summary die. 6 hari 5 malam aku kat sana termasuk makan around RM2,600,
tak termasuk shopping yer. Tu consider benda wajib la yang aku dah keluar.
Duit meals tu tak abis guna pon sebab aku ada bawak bekal..hehee

10. DUIT WON


Duitttttt...duitttttttt..

Prepare duit awal2 dari malaysia.
Elakkan tukar kat sane. Banyak kerugian nanti.
Currency for Korean Won tinggi, 4 kali ganda yer (average)
contoh ;  RM1 = RM4
Kalo nak keluar duit kat sana pakai foreign bank macam HSBC.
Interest rate die tak tinggi sangat compare to other meps.
Tapi dengan syarat korang ada HSBC account la..hahaha
Jangan lupa activatekan pin untuk international usage.
Aku advise korang untuk sediakan duit kecemasan sekali.
Jangan digunakan duit tu kecuali bila perlu.
Kadang2 orang tak perasan hal nie.
Tapi aku setiap kali travel memang aku standby duit nie.
Untuk apa duit kecemasan nie?
1. Tetibe ko kena beli ticket flight emergency bila berlaku kematian especially yg libatkan family.
2. Ko terlepas flight, and ko perlukan duit tu utk beli ticket baru.
3. Wallet ko hilang, duit kecemasan tu yang akan bantu ko.
4. Tetibe ko accident or ko sakit, ko perlu duit utk masuk hospital.
5. Segala bentuk kecemasan yang unexpected. Malang tak berbau kan?
Aku standby duit kecemasan nie dalam RM1k je.
Kalo ada lebih, tak salah kalo korang standby lebih.
Aku pon ada ready duit currency negara lain as backup bila perlu.
Biasa aku bawak sikit duit SGD and USD. Biasa tak guna pon.
Currency macam tu nilai die tinggi kat luar.
Pape hal pon, depends pada pengiraan korang.


11. SHOPPING AREA


Barang shopping aku sepanjang 6 hari kat sana. Total semua nie around RM1k.
Nak aku senaraikan tak barang apa and berapa harga die?..hehehee


Nie barang k-pop anak aku

Nie pon barang k-pop anak aku


For shopping area kat Seoul memang banyak.
Nandaemun, Myeongdong, Dongdaemun, Insadong...bla..blaaa..
Kat area subway2 pon banyak jugak tempat shopping or shoplot2 kedai.
tu semua antara shopping area.

Tapi kalo korang nak beli barang souviner aku rekemen korang beli kat Nandaemun market.
Jangan kate souviner, kalo nak beli bag ke, tshirt ke, aksesori ke, segala2 ada kat sana.
harga kat sini rata2 lebih murah compare ngan Myeongdong or tempat2 lain tu.
Tak perlu risau barnag2 kat sini sebab 98% barang tu semua 'made in Korea'.


Nandaemun Market
Keychain & fridge magnet ~ Won6k - Won8k
Bag lawa2                           ~ Start from Won10k
Bag I Love Korea               ~ Start from Won5k
Stokin comel2 and lawa     ~ Won1k
TShirt                                  ~ 3pcs Won10k
Mask                                   ~ Start from Won1k/pcs
Aksesori                              ~ Start from Won5k

Myeongdong
Keychain & fridge magnet ~ Won8k - Won10k
Bag I Love Korea               ~ Start from Won10k
Stokin comel2 and lawa     ~ Won1k
TShirt                                  ~ 2pcs Won10k
Mask                                   ~ Start from Won5k/pcs (ada mcm2 harga)
Aksesori                              ~ Start from Won15k
barang2 kpop                      ~ beli CD BTS Won18k, brg2 yang comel2 tu start from Won5k

Subway area
Mahal sikit harga die but still okay la.
baju2 die macam blouse tu kebanyakkannye murah around start from Won10k
barang2 kpop pon banyak jugak.

Insadong
Sini pon banyak souviner. Range harga die lebih kurang Myeongdong.
Tapi kalo nak lepak2 and jalan2 sini best.
Suasana die cantik, teratur and tenang.


So far tu je la yang aku ingat.
nanti kalo aku teringat benda2 lain aku edit je dalam nie eh.
hopefully membantu la sikit2.

Okay, nak chow dulu.
Rasa tepu lak otak tetibe.
Lepas nie nak buat entry Ho Chi Minh pulak.
tak taulah ingat ke tak lagi point2 dalam tu..hahahaa

Tq korang sebab baca.
Moga bermanfaat yer.

Tata.




Tuesday, July 25, 2017

Mizo Hotel, Myeongdong, Seoul Korea

Okay…okay...hokkayyy...
Nak review hotel no 2 masa stay kat Seoul haritu.
Nama die MIZO HOTEL.
Tapi yang aku stay nie consider hotel yang berkonsepkan 'hotel'.
Tapi still dalam range buget.
Pastu aku amek konsep 'ondol' which means konsep tido kat lantai beralaskan toto tebal.
Kate kat Korea kan.
Tak dapat feeling stay kat guesthouse ala2 rumah tradisional tu which is sangat mahal.
Buat gaya gini kat hotel buget pon dah best dah.
Sempurnaaaaa!!
Kenapa aku pilih hotel nie? Sama jugak macam review before nie.
Aku still taknak beralih arah dari myeongdong area.
Aku memang dah jatoh chenta sangat ngan area nie, so tamo area lain dah.
1. Location - Seriously 5 bintang kepak2.
2. Facilities - Superb toing2
3. Harga - Sesuai ngan budget aku.
Hotel nie tak sama macam guesthouse. Guesthouse more to mesra pengguna.
MIZO nie die ada kelebihan kat tempat lain pulak.
Tapi, still the bomb la. Aku memang rekemen jugak kat korang hotel nie.
Sape suka suasana yang calm, acah2 nak rest suasana nyaman bole stay kat sini.
1. Location
a) Cerita pasal location die sama je macam K-Grand Hostel  tu. Semua kemudahan keliling.
Food hawker or street foods memang depan mata je. Dah duduknye area night market kan?
Semua depan kiri kanan blakang la…hahahhaa
b) Hotel nie paling dekat ngan subway and bus stop (to aiport). 
Jalan kaki seciput je pastu dah sampai. Best tak???
c) Banyak kedai serbaneka macam 7e tu. So senang korang nak beli barang2 urgent.
d) From this hotel, ko senang nak kemana2. Banyak yang walking distance. 
Nandaemun Market - 8 minit
Namsan Tower - 10 minit
Lotte Mall - 7 minit
All kedai2 kosmetik, butik2 branded and kedai serbaneka memang just around.

Korang tengok location Mizo nie. Sangat2 dekat ngan subway exit 6 ngan bus stop to airport.
Arrow panjang tu aku  nak tunjuk yang if korang jalan straight tu, dah bole sampai 
Nandaemun market. Dekat je around 8-10 minit jalan kaki. Tak rasa penat pon sebab
sepanjang perjalanan tu macam2 ada yang korang bole cuci mata.


Ni consider ruang utama hotel tu. Luckily kitorang dapat kat sini..hehee
Deco die memang shantekkk. Nampak tak bilik kitorang tuuuu!!


Aku booking tru online jekk. Bilik hotel beso nie pon dah segini mahal, korang bole
imagine hotel yang lagi bagus berapa rate die? Memang mahal kedaung!!


2. Facilities
a) Hotel nie takde pantry sendiri. Tapi die ada microwave kat luar bilik tu.
Kitorang guna je microwave tu panaskan nasik ngan lauk pastu makan dalam bilik je.
Air panas/sejuk pon ada dorang sediakan kat situ.
b) Bilik even kecik tapi sangat selesa. Bersih and kemas. Toiletteries pon ada.
Bila ko pakai konsep ondol, after tido tu dah lipat2 toto tu, bilik ko jadi beso la.
Compare to konsep katil yang amek space banyak. Ye tak?
c) Since dah pilih konsep 'ondol' so kite tidolah atas lantai yer berlapikkan toto tebal yag best tu.
Bantal and comforter pon selesa. Bersih and wangi je. Lantai die ada heater yang sesuai masa winter.
Tapi bila kitorang dalam bilik, kitorang on je heater tu. Panas nyaman2 je bila ko dok melengkor atas
lantai tu. Memang best la…
d) Toilet die memang super spacious compare yang K-Grand Hostel tu. Tu la macam aku cakap, 
dua2 tempat penginapan nie ada kelebihan masing2.
e) Kat sini pon free je kalo korang nak try hanbok-tradisional costume.
Bole la fefeeling gadis korea yang lawo sopan santun tuuuuuu…

3. Harga
Aku dapat harga die around RM276.00 inclusive tax semalam.
Mahal sikit sebab die punye location sangat2 bagus.
Kebetulan tu harga peak season which is spring..huhuu
So, kebanyakkannye rate memang naik.
Actually ada je hotel yang murah sikit. Tapi location tak berapa nak best la..huhuu


Barang tido kitorang. Bersih, selesa sangat and wangiiiii...


Ruang tu memang comel sangat. Tapi untuk buget traveller macam aku nie okay je.


Ada small wardrobe ngan fridge.


Bililk air die best. Super spacious. Bersih sesangat.


Shower area.


Nie depan bilik aku je. Sini takde pantry. 
Tapi luckily die provide  microwave ngan air panas/sejuk.


 Asal lalu depan nie je before masuk bilik musti aku dok menebeng kat sini.


Hanbok..korang boleh try. Free jek. Pastu sukati la nak fefeeling gaya macam mane pon.


So ceritanya,
Terpulang pada masing2 punya selera la.
Haa lagi satu aku nak cakap kawasan myeongdong tempat aku nie stay tanah die rata yer.
Bukan patern bukit2 yang condong2 sampai ko lelah nak menapak.
Myeongdong lagi satu area which is opposite night market tu memang area bukit2.
Bole lelah kalo duduk area situ.
Nasihat aku, makesure korang study betul2 area penginapan yang korang nak stay tu.
Jangan dah booked, dah sampai sane baru korang nak bersedih.
Jangan kedekut sangat duit sebab nak berjimat pasal penginapan.
Yang penting semua bole buat save masa, kurangkan  penat menapak.
Knowing eh, kat sini kudrat kaki  memang lebih 100%.
die punye tahap penat bole sampai hilang mood tau.
So mane bole elak cuba elakkan.
Okay tu je nak cite,
Hopefully review bab hotel nie membantu korang.