This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, May 11, 2017

Short New Year Gateway - Estadia Hotel by Hatten, Melaka

Dah May dah wehhhh..
Bole ke nak wish tahun baru lagi? hikhikk
tak yah la kot.
Anggap je la aku dah wish korang dalam mimpi.

Okay jom2.
Tak payah nak bebel banyak sangat.
Mood pon ke laut sangat nie.
Nak buat review hotel masa jenjalan Melaka yang tahap basi dah tu

Aku dok skodeng dalam blog carik ada tak mane2 blogger buat review pasal hotel nie.
payahnye la haihhhh.
Kebetulan that time hati tu  nak lepak kat hotel tu.
Okay takpe, meh aku yang buat.
Sila hadap.
Pic tak banyak, tapi bole laaaa..hahaha

Estadia Hotel by Hatten nie location die memang super superb.
ko nak gi memane semua keliling jek.
well known kan Melaka nie memang crowded ngan congested.
So ko kena bijak carik hotel yang semua dekat2.

Estadia Hotel nie die satu building ngan Hatten hotel.
So kalo korang datang sini jangan sesat barat pulak.
Sebab lepas parking kete tu, ada macam2 kaler pintu kat situ.
Cuma kena ingat trademark Estadia - purple, Hatten - Grey
Almaklom tempat parking tu memang open untuk 2 hotel tu.

Nak masuk lobby Estadia tu jauh sikit.
Korang kena masuk mcm path or terowong pusat shopping.
Kanan kiri situ ada kedai2 jual barang.
Cantik, wangi, sejuk je lalu situ. Suke!!
Sambil2 tu bole cuci mata..hehee

Ni la path otw nak ke hotel tu...tenang je..

Proses check in pon tak teruk sangat.
Aku nak kasik bintang kejora banyak2 untuk semua staff Estadia.
Servis and layanan dorang memang meletop.
So humble, respect orang. Cakap berhemah and soft.
Aku tak pernah jumpa lagi layanan macam tu kat mana2 hotel
yang aku pegi around Malaysia nie.
So, tetibe teringat masa pegi Bali - Wina Holiday Villa Kuta.
Dah macam gaya bangsawan or kerabat diraja dorang layan.
speechlesssss.....T______T

Cite pasal location pulak.
Once ko dok sini, ko dah bole senyum lebor.
kat building yang sama tu pon ada mall untuk shopping2.
opposite building tu ada Dataran Pahlawan Mall.
belah kiri ada Mahkota Parade.
boleh jalan kaki sikit 7-8minit pegi pasar malam yang depan Taming Sari tu.
Pasar malam tu ada hari Jumaat, Sabtu & Ahad je.
Sama jugak ngan pasar malam Jonker Walk.
Tapi Jonker Walk kalo nak jalan kaki 10-15minit (1.2km)
kalo aku jalan kaki je.
bole cuci2 mata sikit.

Eh tapi korang bole jugak naik transport Estadia.
Dorang ada van bawak pegi Jonker Walk tu.
Tapi kena book awal2 takut penoh.
Bole tanya kat lobby pasal arrangement ngan time schedule.


I loves this!!!! Illustration terbaik!!
Nie corridor nak tuju bilik aku. Lawo kan? macam pantulan cermin.


 Sampai2 je, berangan selpie dulu..yeehaaa!!
sebok je minah k-pop kat blakang tu..haihhh

Menjinjit kaki pon tak bole lawan ratu k-pop punye ketinggian..huhuu

Ni pulak dengan anak Jopun mane pulak haihhh...Tu tangan die merayap sana sini tuh.
kemain kuat mama kena pegang. Baik sangat perangai.


 Aku book Estadia Deluxe Hollywood Twin. Aku pon tak tau dari celah bedah mane
ciri2 Hollywood tu. Aku tengok macam kat dinasty Cheng jekkk.


Masa nak book tu, aku check harga die kat Agoda. Hotels.com, booking.com..bla..blaa..
dengan traveloka pon aku geledah, trivago apetah lagi.
Semua offer harga mahal untuk bilik yang sama.
Aku pi gatal2 tangan bukak website itself under estadiahotel.com,
sekali jek dorang offer lagi murah.
lompat bintang berkepak la aku kannnn..muahahahaa

So, aku terus book bilik tu RM250.00 inclusive tax, breakfast for 2 ngan free parking.
Agent lain rata2 offer RM280.00-RM350.00 untuk bilik yang sama.
So dapat pulak aku nak book trough dorang?
sayang kot duit aku..haihhhh

Tapi bilik die tak berapa besar la. Just nice gitu2 jek.
Tapi takpe asal tak congested sangat.
Pastu bersih, air cond sejuk.
should be okay la.


 LCD tv besau nau2 depan mata ko.

Nie macam biasa lah. Acah2 hotel mahal kalo takde benda alah nie,
memang nak kena sound.

Alaaa..pic toilet takde pulak.
Tapi toilet dia lawa jugak.
kemas, bersih semua laaa.
suke je kak bedah.
Tapi sempat la jugak pose kat dalam tu
Tu pon before pegi jenjalan kat Jonker Street tuh.hehe

Cukuplah tu kan nampak dinding toilet, gelas sipi2, towel ujung2.
Bole la tu kan. Jangan kate takde..kahkahkahh..

Dah siap2 semua, moh ler kite patahkan dan sengalkan kaki ke Jonker Street.
Food huntingggggg..

Konon2 nak book transport, sekali je dah fully book.
Haaaa...padan muka.
Sila la jalan kaki ke sana..hahaa


Nie kat lift area. Kat sini deco die lawooo...

Sini, breakfast provided eh.
Makanan die awesome. banyak pilihan, memang best.
Takde pulak pic tengah breakfast
tengoklah kalo aku rajin aku korek2 kat Instagram

Dok satu malam je kat sini adenye pon.
short vacay je kan
JB-Melaka ape ada hal. Dekat saje.

Berapa bintang nak bagi kat Estadia nie?
Aku bagi 5 bintang mengerlip2 dia angkasa.
suke sangat!!!!

Estadia decoration memang cantik menangis..T__T


Tu je nak cerita.
Nanti kite buat review pasal jiran Estadia eh.
Si Hatten Hotel tu.

Babai.





No comments:

Post a Comment