This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Wednesday, May 31, 2017

Spring Season at Seoul, Korea - Seokchon Lake & Hard Rock Cafe Lotte World Mall (Day2 Part1)

Pukul 5am dah terjaga. Pastu teros tak bole tido balik.
Tak tau lah, dah puas tido ke, excited nak berjalan ke.
Aku pon musykil jugak nieh.
Kalo kat umah, bom meletop kebabom pon aku tak bangun2 kalo nak pegi keje tu.
Since Kak Long pon tido lagi,
aku pon sambung keje semalam yang tertunggak.
Pi upload pic dalam instagram..hehee
Kat sini 5.00am dah terang dah.
Kat luar tu sejuk macam mane pon aku tak tau la.
Aku check kat fon temperature kat luar 8'c. 
Giler sejuk ngko.
Yang aku tau, kitorang tak on ekon pon dalam bilik.
Takde pulak rasa panas ke berkuap ke. Takde pon.
Okay2 jek.
Around 7am macam tu, memasing dah siap dah.
heyyy..hari nie misi nak carik cherry blossom.
Kena kejar laju2 dulu.
yer la kan, memang la kitorang datang masa musim bunga.
msim bunga pon bole tahan panjang jugak.
tapi cherry blossom tu tak koser la haihhh nak tunggu korang lama2.
nie memang masa hujung2 die nak gugur nie.
so kena carik and kejar dulu.
Rugi weyy, datang Seoul masa musim bunga tak jumpa sakura nama kampung tu.
Alang2, ko kena cargasss. 
Tapi kan, semalam ujan lebat.
Aku syak bunga sakura tu banyak dah takde.
bunga tu soft tau. Ringan je tekstur die. Memang senang gugur.
Ada angin pon die bole gugur macam salji.
Lagi la kalo hujan. Lebat pulak tu. Ko ghaseeee??
rasa nak nangis pulak..huwaaaaa…T____T
Kak Long kate,
takpe..insya allah ada la sakura tu.
Doa je la banyak2.
Kemain berdoa aku sampai berbuih mulut.
Mintak2 ada la sakura tu.
Menjakun nie. Tak pernah jumpe depan mata laaaa…
Guesthouse ada provide breakfast.
light breakfast la, roti, telur, cereal, hot coffee.
Bole la kan?
tapi kitorang tak sempat makan pon.
sebab breakfast tu dorang prepare pukul 8.00am.
hurmmm..
Takpe, kitorang memang dah ready ngan breakfast sendiri.
pagi tu Kak Long panaskan nasik lemak sedap.
giler sedap nasik lemak tu.
Pastu hadap megi cup lagi.
Fuhhh!! Breakfast like a king konggg!!


Banyak giler makan. Kasik perot kenyang2. Nak jalan jauh nie.


Siap2 makan jom la kite gerak.
Nak pegi carik cherry blossom..yeayyyy!!!
Pagi nie punye plan,
1. Cherry blossom - Seokchon Lake
2. Shopping - Hard Rock Caffe, Latte Mall
3. Makan - Yang Good Lamb
Nie semua kat area Jamsil.
So bila nak pegi sana, semua tempat nie kena pegi.
Petang karang punye plan,
1. Itaewon - Muslim area
Itaewon dah area lain, so kite pegi lewat sikit la kan.
Acah2 nak  makan ngan shopping barang makan sikit.
Subway route to JAMSIL from Myeongdong.
  • St. Myeongdong (424)(Line 4) - Carik arah ke Chungmuro
  • Stop kat St. Dongdaemun History & Cultural Park (Line 4) 
  • Transfer train to Line 2
  • Carik arah ke St. Sangwangsimni (207) (Line 2)
  • Last stop kat St. Jamsil (216) (Line 2)


Kat subway orang tak ramai sangat dah. Sume dah pegi keje.
Kalo saing2 dorang, memang huru hara sikit la. Tapi aku okay je.
Bole tengok oppaa2 hensem.


Tenang je kan? best la gini. Ko pon dapat tempat duduk..hihikk


My lovely ahjumma. Macam mane kalo tengok kat drama tv, macam tu la
dorang kat depan mata. Dengan rambut kiting2 tu. Tapi dorang nie lovely and motherly taw.
Very willing tolong korang kalo tengah susah, nak tanye2 ke, sesat ke. Haa..dorang
ala2 mak yang akan tolong korang dengan penoh kasih sayang. Gituewww...


Acah2 nak snap orang tengah tido. Sekali die bangon daaaaa...


Sampai Jamsil terus merayap.
consider underground Lotte Mall.
Haaa..kat sini banyak Lotte Mall, aku pon sampai naik confuse.
So, alang2 dah sampai kitorang jalan je la kat Lotte Mall tu.
Kat sini ada indoor Lotte Park tu.
Banyak games kat sini.
Macam Trans Studio kat Bandung tu.
Kitorang tak  masok pon dalam tu.
Sebab takde dalam agenda kan.
So jom la carik Seokchon Lake..lalalalaa….

Nie  masa baru sampai station Jamsil. Selpie tu wajib.


Selpie lagikk..hahahaha


Pose la sikit kat underground yang lawo nie.
Subway Jamsil nie bersambung ngan segala Lotte2 Mall kat sini.
Memang best giler. Senang hidup.


Syok je nak jalan kaki gi Seokchon Lake tu.
Sebab pemandangan bandar die cantik.
ngan angin sejuk yang tampo2 muka tu kan.
time datang gedik tu, tejerit laa..'makkk sejukkk'
masa tu dah sebok la gosok2 pipi…hahahaha
kemain merah pipi ai masa tu taww..
Sejuk katenyeee..:p
Korang tengok gambo je la yer. 
banyak membuak nie.
Biorlah gambor yang cerita. 
Kalo rajin baca caption kat situ..hahahaa


Nama je musim bunga, tapi kalo nasib korang baik bole jumpe
pokok autumn nie. Lawo bukan?
Memang nasib aku naik sangat la bole jumpa..hahahaha
Jalan kaki tu lebih kurang 7/8 minit nak pegi Seokchon Lake. Tapi,
tak rasa lama pon sebab dalam on the way tu pon dah cantik sangat pemandangan die.


Yeayyy..dah nak masuk kawasan Seokchon Lake.


Bunga tulip memang banyak je dorang tanam bila time spring nie.




Seokchon Lake nie memang jadik tumouan bile spring season.
Bukan kena bayo pon.
Sini memang tempat orang riadah lepak2, jogging2.
Kalo time spring,  merimbun la sakura die..

Kejar punye kejar, masa sampai lake tu,
cherry blossom aku tinggal satu pokok je yang berbunga..huhuh
tanye orang2 situ, semalam hujan lebat banyak dah gugur.
Consider aku lambat dalam sehari je la.

Takpelah, consider dapat jugak begambo.
Hilang sikit kempunan tu.

Takpe, kite kan Seoul lagi.
Masa panjang lagi kan?
bole carik lagi sakura munge2 cinta tuuuu..


Hai laaa pokok. Nasib baik ko tunggu aku. Tinggal nyawa2 ikan je sakura tu.


Selpie sikit.


Close up sikit.


Haaa..lagi close up


Nie pic member aku kat Instagram. Nak tunjuk kat korang yang kalo tengah
peak blooming tu, gini la ruper cherry blossom tu.
Lawo kannnnnnn????


Marilah pose bersama2.





Pic nie macam gedik. Rasa nak lempang je.


Nie pon sama mengade.


Santai2 je kat sini.


Cantik kan swan tu?








Datang giler macam tu la perangainye.
Dah macam sesumpah, nak acah2 kaler sama ngan bunga.


Dah puas hati kat Seokchon Lake, jom la carik Lotte Mall.
Nak soping barang HRC pulak.
Setiap kalil travel, memang kena carik HRC.
rembat la baju selai dua. Katenyeee..


Nie toilet die. Dok menebeng lama2 pon takpe dalam nie.
Bersih, spacious, wangi, cantik. Best betol lah!!


Rugi tak selpie kat cermin besau nie.


Hard Rock tempat wajib pegi.


Bukti weyyyy dah sampai sini!!





Pusing2 sikit dalam tu.
Nak beli2 barang lain takde hawa pulak.
sbb die ala2 pavillion, mahal kedaung.
kenenye ngan currency kite, lagi jahanam kang aku nak bayo.
Tengok jam baru pukul 12.30pm.
alamak lama lagi nak tunggu pukul 3pm.
Restaurant Yang Good Lamb tu bukak pukul 3pm.
takkan nak tunggu lama2 kat sini,
buang masa kot.
Citenye, kitorang tak jadi la nak makan kamben tu.
decide balik myeongdong je. Bole jugak jalan tempat lain.
Masa itu emas intan berlian tawuuuu?
priceless omputeh kate.
Jadinye jom ler pulang.
Kitorang decide nak balik guesthouse, makan2 then move tempat lain.
Pegi Namsan Tower je la senang.
Dekat sikit ngan guesthouse kitorang, jalan kaki je.
Lepas gi tower baru kite jejak Itaewon.
Planningnye begitu la.
Rombak balik planning untuk hari nie.
Takpe…small matter je.
So, nanti kite sambung kat entry Namsan Tower yer.
Panjang sangat dah nie.
penat korang nak hadap.
Jumpa lagi.
Tata.


No comments:

Post a Comment