This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, June 15, 2017

Spring at Seoul, Korea - Nami Island (Day4 Part1)

Pukul 5am dah gigih sangat bangun tido.
Nasib la baju tudung semua dah siap iron.
Takdelah rasa stress ngan kemurungan sangat.
Luggage kain baju pon dah ready cantik2.
Almaklum hari nie nak check out.
Macam yang dirancang, kitorang nak pegi jajahan Nami Island ngan puak2 die yang berdekatan.
So, tahap kegigihan tu bole bagi credit la.
sebab perjalanan tu kena start seawal 6am.
Mata pon kelabu asap lagi.
Breakfast tak bole nak layan sebab so early la.
Sambil aku siap2 melawo Kak Long gi panaskan bekalan masa depan kitorang.
Kitorang decide nak breakfast kat Nami Island je.
Acah2 berkelah nama die. Seronok bukan?
Haaa…nanti aku cerita keseronokan time makan kat sana tu nanti.
Since tempat yang nak pegi tu jaoh and for sure makan masa sehari suntuk,
jadinye kenalah check out sekali.
Letak kad bilik atas kaunter recep je.
Pastu kitorang tumpang letak luggage kat situ.
Balik nanti kang baru amek and terus transfer guesthouse baru.
Kenapa nak tuko guesthouse? Tu pon nanti aku cerita reason die.
Masa tengah terkocoh2 letak luggage and nak tunggu lif.
Nampak owner guesthouse tu macam berlari2 kelam kabut sikit.
Kitorang tanye kenapa?
Die cakap one of the guest, Malaysian tercicir wallet masa jalan2 kat night market last nite.
Damnnn!! Aku yang tetibe naik bulu roma.
So, that owner nak pegi balai polis buat report.
Hurmm..serious simpati sangat.
Kitorang pon rasa sedih, hiba and cuak. Macam2 perasaan singgah.
Bole imagine perasaan orang yang kehilangan tu macam mana.
dengan IC, kad2 bank, duit somemore..adoyaiii
Lagi la tercicir tu kat negara orang.
Kena pulak duit semua dalam tu. Dengan currency yang tinggi selangit.
Ko giler tak stresssssss!!! Arghh!!
That time kitorang cuma bole doa and berharap yang budak lelaki tu tabah.
Pastu doa lagi, moga2 ada orang yang berhati mulia pulangkan balik..huhuu

On the way nak ke subway tu memasing senyap sunyi.
Udara sejuk kemain tak boleh tahan.
Check punye check, 6'c ngkoo.
patot la sejuk sampai ke tulang.


Sejuk bak anggg..


Tetibe dah separuh jalan, Kak Long cakap die macam ada tetinggal something.
Aku soh die ingat balik since jalan pon belum jauh lagi.
Sekali je benda paling penting die lupa.
T-money tu la. Benda tu takde macam mane nak naik subway kang..haihh
Gara2 kecoh pasal orang keciciran wallet sampai jadik ilang ingatan.
Jom la patah balik, pi amek kad T-money tu.
Dah selamat amek T-money tu kitorang patah balik gi subway. 
sampai around 6.15 macam tu. Tapi takpelah bukan kena tunggu lama pon.
Cuma yang tak bestnye bertembung ngan orang nak pegi keje.
Adoiii..kemain ramai orang la haihhh.
Okay, nak bagitau nie Nami Island tu jauh tau.
Banyak cara nak pegi sana.
Korang bole naik shuttle bus which is direct terus pegi sana.
Macam mana nak naik bus sila la google sendiri..hahahaa
Naik kete pon bole, tu untuk orang yang pakai agent or tour guide la.
Kalo patern aku yang serba serbi sendiri nie, naik subway sudahh.
murah pon murah. Selamat buget ko nanti..hahaha
Cuma yang tak bestnye nanti ko jadik macam kaum nomad.
Berpindah randah subway. Transfer sana sini.
Memang challenge giler la. Dengan ko yang tercangak2 nak baca line ngan route.
But serious memang best, fun, gain more experience..bla..bla..
ada drama ngeri sikit. But still bole layan..hahahaa
Ape drama ngeri tu?
Meh sini aku senaraikan. Setiap orang drama ngeri tu tak sama eh.
Nie drama ngeri aku. Acah2 kelakar seram pon hade.
Since aku nie patern gemble ngan suka challenge, small matter je semua tu..hikss
Drama slot samarinda.
1. terbabas line subway.
2. confuse nak transfer train
3. salah masuk line
4. Kesejukan gigil2.
Bila ko kena hadap drama2 tu, perjalanan tu jadik panjang sikit.
Dia actually around 3 jam perjalanan nak cecah last transit tu.
Tapi since ada banyak drama die jadik 3 1/2 jam.
Alaa.. Bole la tu kan. Yang penting sampai.
Jom cite sikit plot2 drama tu.
Kitorang terbabas line subway sebab dua2 tetido..hahaha
sejuk ngko. Syok kot tido.
Nasibla baru terlepas 2 station.
So kitorang just turun and patah balik je la.
Pastu dua2 gelak bengong macam orang tak bersalah.
Confuse naik train tu jadik bila kitorang nak transfer to train KORAIL.
Train2 nie tak sama.
Macam la LRT ngan MRT. Company lain2. Haaa..gituuu..
Dapat pulak Kak Long dapat info dari blog cakap nak naik train KORAIL tu kena book.
aku pulak dapat info yang tak payah book. Naik terus je.
So, ada beza info disitu.
Jadinye, bila ko dah confuse and tercangak2 memang la kena tanye orang.
Nasib la ada ahjuma tu kate, naik je terus and pakai T-money.
Okay, lega. Jom la gerak terussss.



KORAIL nie die bukan bawah tanah macam train subway biasa tu..


Salah masuk line pulak bila ko confuse pintu mana nak kena masuk untuk transfer train. 
kena pulak ko dah terlepas touch card T-money tu. Account pon dah kena tolak.
Jadinye, kena la masuk balik, touch card and carik pintu yang betul.
adoii..banyak pulak patern keluar masuk patah balik..hahhaa
pengalaman betol laaa..
Cite pasal sejuk gigil2 pulak bila mana ko kena tunggu train kat luar.
KORAIL punye ruangan menunggu patern outdoor.
So, bertabahlah dengan hembusan angin sejuk gigil2 tampo2 muka korang.
Die ada macam pondok indoor yang comel untuk tunggu dalam tu.
Tapi orang ramai je nunggu kat dalam. Tak koser nak sesak2  la haihhh..
Jadinye tunggu je la kat luar. Tahan sejukkkkkkkk!!!
kejap2 gosok pipi. Kejap2 gosok tangan. Gitu aje laaa…

Kat sini nak hadap sejuk bukan main...


Selpie jap even sejuk macam dalam esbok..huhuu


Sambung balik perjalanan,,giler tenang je..


Bila ko dah hadap patern2 drama gitu.
Ko kena percaya, setiap benda yang pahit tu ada manis di belakangnya.
Bila awal2 dah susah, ujung2 ko akan senang and happy.
Betol. Tak tipu tau.
Kitorang sampai kat last station around 9.30am macam tu.
Last station tu la pengakhiran semua drama2 tadi.
So, ucapkan lah ALHAMDULILLAH. Selamat dah sampai..hehee
Kat Gapyeong Station tu la ko kena keluar and carik bus stop untuk tunggu shuttle bus.
Bus stop tu betol2 depan pintu utama Gapyeong station tu.
Shuttle bus tu consider akan jadik pengangkutan utama ko nak bergerak satu hari.
Macam yang dirancangkan, kitorang nak pegi semua tempat.
Nami Island --> Petite France --> Morning Of Garden Calm
Ikutkan tak sempat nak pegi semua. Tapi kitorang sempatkan jugak.
Dah alang2 sampai sini, rugi tak pegi semua.
Bus sangat punctual.
Korang bole follow kat pamplet schedule yang ada kat situ.
So, sila la rancang perjalanan dengan bijak.
Kitorang naik bas yang 3rd trip pukul 10.25am.
standby wit cash cukup2. Bayar kat driver masa nak naik tu.
Ticket tu sila simpan baik2 sebab ticket tu jugak kitorang pakai pegi Petite France ngan Morning Calm.
Kate pakej kan. So nak senangkan urusan dan keje buat gitu je.


Ticket bas yer, Sila simpan elok2. Won6k per pax.


Perjalanan nak ke Nami Island tu around 25 minit.
So korang bole tido kejap dalam bus tu.
Aku memang tak tido la sebab aku suka tengok pemandangan die yang lawa tu.
On the way tu, bole nampak lagi banyak pokok2 cherry blossom tepi jalan. Lawaaaa!!!
Macam tak pecaye je dah sampai kat Nami Island.
Nak ke sana kena naik feri. Dekat je nak cecah island comel tu.
Around 10 minit gitu. Sambil2 tu bole la coci mata.
Pemandangan cantik, nyaman, sejuk..best!!


Macam biasa, Kak Long beli ticket. I bagi duit jerrr..


Naik ferry dulu before nak jejak island yang cantek tuuuuu...


Ticket dah dapat.  Yeayyy!!


Jejak je tanah Nami Island tu, terbuntang  mata.
memang lawo macam nie ke?
dengan pokok2 cherry blossom tepi2 tebing tu.
Pokok2 maple autumn daun merah  pon ada.
lawa sangat niehhhh!!!
Rasa nak lompat bintang kepak2 kat situ haihhhh…


Pintu gerbang Nami Island. Aku dah sampai sini wehhh!!!


Kalo tengok real, belakang tu memang cantekkkkk sangat...T___T


Sampai situ kitorang carik tempat lepak dulu.
Nak makan laaaa…lapoooo!!
Carik port bawah pokok.
Adoyaiii…rasa bahagia sangat makan sambil pokok maple keliling ko.
Kaler merah2 gitu.
dengan udara sejuk2 lagi..pheww!!


Mari la makan. Nasik briyani daging ngan beef lasagna. Susu pisang jangan lupa!


Bestnye kalo tak terikat ngan travel agency is ko bole buat pape sukati mak abah ko. 
Dok menebeng sini buat kenduri doploh jam pon takde orang nak marah.


Selpie dulu tepi sungai ngan pokok autumn before ronda2 pulau idaman..ececehhh..


Siap makan, kitorang dah tak sabar nak tour.
Readykan diri ngan henpon yang cukup batterinye ngan tongkat monopod.
proses muntah darah nak snap pic berjujai nieeee….yehaaaa!!!!








Pokok autumn orang panggil. Maple tree.


Bila dah masuk dalam tu yang kebetulan spring season pulak,
memang la lawo.
Bunga2 cinta di sana sini.
Paling best bila pokok autumn pon kemain banyak.
Daun2 merah yang seksi gitu.
Cuma die tak gugur je.
Tak bole imagine kalo time betol2 gugur tu kan.
Sure lawo giler2.
One fine day, memang aku datang lagi kat sini.
Aku  nak try autumn die yang osem sangat tuhhh.
Masa autumn pon sejuk macam spring jugak.
So, memang best la kan. 
Marilah gigih menyimpan duit kepok2.




Suke sangat ngan bunga pelik nie. Kaler magenta. Jarang2 jumpe.















Ngam2 pukul 1pm kitorang sampai kat area makan2.
Banyak restaurant kat situ.
Tekak nie mengada nak makan jugak. Lunch katenye.
So kitorang pilih nak makan kat halal restaurant yang ada kat situ.


Jalan punye jalan, jejak kat area restaurant2...


Makan kat restaurant belakang tu.


Haaaa...so jangan ragu2. Kalo ragu2 lagi sila bawak bekal sendiri dan makan sampai kenyang.



Pilih je la korang nak makan ape.
Harga tu tak payah nak pandang sangat yer.
Anggap je la korang orang Korea.
So bila makan food yang harga Won10k assume la RM10
kan murah gitu.
Kalo korang mengade nak rasa pengsan2 kat situ.
Bole la cakap kuat2, 
woiii…won10k nie woii..sepinggan nie RM40.00? Apekahh??
Haaa..tu kalo gatal2 nak convert la kan..


Adoii tetibe lapor pulak tengok benda2 nie..


Haa..pilihhhh lagi..


Aku makan nie. Penat nak abiskan. Terasa2 kimchi tu dalam mulut.
masam2 manis rasa die. Kimchi tu free je. Air sejuk tu pon free.


Tak ingat nama mee ramen Kak Long nie..tapi sedap. Makan panas2 sebab kat luar tu sejuk kan.


Pose tu satu keperluannnnn...kahh!!





Lepak kat situ around 1 jam jugak.
Besembang je tak abis2 sampai lupa nak makan.
Kena pulak Kak Long nak makan mee die tu kemain panas berasap2.
Mulut dok bebel2 tak sudah. Bila nak sejuk nie. Bila nak sejuk?
Nasib la sedap ngkoo.
Kena la jugak ngan tekak aku.
Sambil sembang gigih nak abiskan dish yang membuak tu.
Semput nak telan. Ujung2 memasing makan tak abis..hahaha


Selpie dulu before balik...


Habis makan terus keluar sebab nak kejarkan bas pukul 2.30pm.
Hati tu rasa macam tak sempat.
yer laa..nak menapak jalan kaki lagi.
Nak tunggu feri lagi.
pastu nak menapak lagi sampai bus stop.
Rasa ngeri jugak hati tu..huhuu

Dalam ngeri2 sambil jalan laju tu mata merewang jugak.
Tejumpe pulak pokok cherry blossom cantik. Kaler pink pulak tu.
Sempat pulak stop sebab nak snap..hahaa
matiklaaaa nakkk..

Geram tengok cherry blossom nie. Macam nak picit2 je.


Time nie pon dah cantik. Kalo time full bloom, sure lagi menanah cantik!!!


Sayup2 je kitorang tinggalkan Nami Island kat belakang..huhuu


Ngam2 2.30pm kitorang sampai kat bus stop tu.
nasib baik bas belom sampai.
orang pon dah kemain ramai berator kat situ.
Haaa..lantak.
Yang penting aku tak tetinggal bas.
Tunggu dalam 5 minit, bas pon sampai.
Moh ler kite ke Petite France pulak..yeehaaaa!!!

Perjalanan ke Petite France lebih kurang 25 minit jugak.
Sempat jugak aku tido dalam bas tu.
Sejukk..bestt!
Memang dah terasa penat.
Tapi jalan terus je. Dah namanye berjalan kan.
Telan je la.
Nie kalo bawak anak dara aku yang kecik tu lagi pitam agaknye.
Aku nak bawak diri pon kemain payah, lagi la nak bawak budak kecik.
Tunggu di besau sikit kalo nak berjalan.
For Nami Island my love,
seriously, memang tak puas jalan kat situ.
Kena abiskan masa satu hari kat situ baru lengkap tour tu.
Since kitorang nak terjah tempat lain, jadinye tour tu kena cut short..huhuu
Takpe2..pengalaman ngan memori tu yang penting.
Nanti kite datang lagi eh..
Okay, stop dulu. 
Nanti kite sambung next entry kat Petite France yer. 
Jumpe lagi.
Tata.

Tuesday, June 13, 2017

Spring at Seoul, Korea - Gyeongbokgung Palace & Insadong Street (Day3)

20.04.17  Thursday.
Date nie consider day 3 kitorang kat Seoul nie.
adoyaii..laju kemain masa tu  nak kejar.
Cuba la tekedek2 sikit kejar. Bior jadik lambat..huhuu
Hari nie kan, hari paling sempoi ngan pemalas untuk kitorang.
supposedly day 3 nie kitorang gi tour Nami Island dan jajahannye.
Tapi ramalan cuaca kate around 10am - 2pm, is hujan.
So, kitorang kena ubah plan la kan.
Nami Island kalo pegi time hujan adalah sangat rugi.
Well known, sana memang aktiviti outdoor je.
Kalo dah hujan nak jadik ape pulak kan?
Tak enjoy pulak nanti. Dah la nak ke sana tu kemain jauh.
So better kite ubahlah tempat lain.
Aku decide nak gi tour palace jek.
Seoul nie memang ada kemain banyak palace.
So, kite pilih satu je la eh. Jangan kate tak pegi.
Pilih satu tempat yang paling convinient and dekat dengan tempat2 attraction lain.
Jadinye takdelah buang masa kan?
So day 3 nie kitorang plan nak gi
1. Gyeungbokgung Palace
2. Gwanghwamun Square
3. Hanok Village
4. Insadong Street
Biasalah kan. Bila plan asal tak jadi, mood tu ade kelaut sikit.
Jadi kitorang jadik bodo kejap bila memasing kemain mengade bangun tido pagi lambat2.
Rasa bangang sangat masa tu. Buang masa je.
Jadinye, kitorang breakfast pon kemain lewat around 10.30am macam tu.
cakap ngan kak long, awat dedua jandi tongong semacam je nie.
Kak Long sengeh jek.
Tu semua gara2 cuaca ngan tak dapat pegi Nami Island tu…haihhh


Breakfast nasik lemak Brahim, beef lasagna, roti bakar ngan milo panas. Best!!!


Takpe2, kena cargass nie. Jangan buang masa.
Makan laju2. Then pukul 11am macam tu kitorang dah gerak keluar.
macam biasa, kat luar tu still sejuk macam semalam2.
Cakap ngan Kak Long, eh kak ko jangan lupe, malam nie last kat sini.
besok kite dah nak check in tempat lain.
So, tak bole balik lambat, sebab nak mengemas kain baju yang bersepah tu.
kak Long buat2 paham je aku cakap ape..haihhh
Sambil2 menapak nak gi subway tu, 
memasing pikir macam mane nak check out besok.
musti la nak kena pikir, ko nak berjalan same time ko nak check out.
tempat jalan ko tu pulak kemain jauh.
Pastu dedua macam rasa, nyesal pulak booking sampai 2 guesthouse.
sebab dah rasa susahnye macam mane nak berangkut barang2 yang banyak tu.
Takpe2..jalan terossssss….
Kitorang sampai palace tu around 12.00pm macam tu la.
ikutkan matahari dah atas kepala.
tapi sengih je la….hahaha
yer laa. Kan musim bunga nie. Bestla kan? Sejukkkk..hahhaaa


Keluar dari subway tu consider masuk palace ikut pintu gerbang belah tepi.
Jumpa museum nie dulu.


Yeayyy beli ticket dulu.


Excited giler bila sampai situ.
jakon tahap 7 petala bumi.
Aku dah start berangan…hahaa
Woiii..cite Scarlet Heart feveret aku tu shooting kat sini laaaaa.
adoyaiiii…besttt giler siot..
Jom arr korang tengok gambo.
banyak dah aku bebel nie.


Tu diaaa...tu baru pintu gerbang hokayyy..


Selpie dulu ngan pimtu gerbang yang beso macam raksasa nie.


Haaa..nie baru istana die


 Ngan bumbung lawo pon kite nak selpie taww..


Nie dalam istana. Tak banyak snap gambo dalam nie. Aku banyak amek video
sebab nak nampak real. Pastu semua aku upload dalam instagram.


Nasib kitorang baik, jumpe lagi cherry blossom kat sini..weehuu!!!!
paham2 je la, bila yang datang sini kebanyakkanye tourist,
semua jadi macam orang hilang akal kalo jumpe pokok sakura tu.
Kemain masing2 menyerbu nak amek gambo.
lek2 la kann..pokok tu tak lari. 
Bagi laluan sikit kat dorang amek gambo dulu..gituewww






















Ikut kan jalan2 situ kejap je. 
tapi memandangkan kitorang nie ratu selpie,
tour situ jadik lambat..hahaha
alaaa..lagipon kitorang dah decide nak tunggu sampai pukul 2pm.
Lek2 laaa..
pukul 2pm nanti ada Changing Guard Ceremony
best wooo..rugi tak tengok.
Ceremony nie bukan ada selalu.
Certain2 time je die ade taww. So kena la tunggu..ngeee


Dengo bunyi gendang nie pon dah seram. Macam nak perang jek..hahaha


Nie acah2 askar la nie...hehee


Die punye ketua panglima nie kemain beso tinggi selangit


Kalo berdiri sebelah dorang nie, aku paras bawah ketiak tu jeee..kecompot kemain.


Dah puas hadap semua dalam tu,
moh ler kite gerak ke tempat lain.
keluar ikut jalan depan kat gate beso tu.
opposite die Gwanghwamun Square.
Situ kite jalan2 coci mata jek.
tengok oppa2 hensem. Siyess hensemmm..amakkkk!!
Aku tak sempat nak snap pic dorang.
by the time nak snap dorang dah membelakangkan aku.
tapi adoyaii makk..nape la dorang nie semua hensem2.

Ko imagine la, dorang nie muka putih2 ploless.
masculine look. Segak kemain dengan full suite black blazer tu.
jalan kemain style, takde makne nak bongkok ke senget2 ke.
Pehhh..memang la haihhhhhhh..
tengok dorang macam tengok artis die punye gaya jakon tu..kahkahkahhh
saranghaeeee oppaaaa!!!!


King Of Sejong


 Banyak bunga tulip kat sini. Cantek2 semua.


Betol2 coci mata tau jalan2 sini. Best!!


Dah puas coci mata, konon2 nak pegi Hanok Village.
Hanok Village consider perkampungan tradisional orang2 korea.
Tapi since masa tu jam dah pukul 3pm takot tak sempat pulak nak pegi Insadong.
So kitorang choose Insadong je la.
Terus gi carik subway nak jejak Insadong tuh.


Kemana2 pegi musti bawak buku guide nie. Memang menbantu sangat2.
Compact tapi smart!!
Aku kemain install guides apps dalam fon tu. Mampos tak guna. Ujung2 pakai manual
macam nie lagi best and senang sangat.


Sampai In-sadong kitorang tak terus merayap.
Lepak jap kat McD layan fries.
Lapor kot. Dah pukul 3pm++ time tu.
So kitorang kekah fries ngan coklat dulu buat alas perut.
Nanti kang balik Myeongdong baru makan betul2.
Dalam pukul 4pm macam tu baru gi gerak jalan.
Masa tu dah rasa tapak kaki dah sakit sebab dah banyak sangat berjalan. 
Redho dan pasrah. Buat2 tak sakit sudahhhhhhh..
Yang kitorang nak pegi nie In-sadong Street.
Die tempat soping jugak.
Nak jalan2 cuci mata pon sesuai macam kitorang buat nie..hehee
Tapi In-sadong nie more organized la tempat die.
Nampak bersih, calm and cozy jek.
Cantik sudah tentu.
Ada masa2 die, pokok2 die yang cantek area sini daun die tukar kunen lawo.
Tak ingat ape nama pokok tu.
Tapi bila time semua yellowish, memang terpukau laaaa..
Meh tengok gambo.
Rasa kontot pulak jari nie asik mentaip jer.


Henpon aku jatoh kat sini gara2 monopod patah. Banyak sangat selpie.
Padan muka aku.

 Tengok pokok2 tu. Lawo kan? Die bole tuko jadik yellowish yang lagi lawo.


 Kat sini pon korang bole beli barang2 souviner. Harga die not bad la.
Cuma yang aku perasan harga die lebih murah dari Myeondong. But still, Nandaemun lagi murah
barang2 die compare ngan Insadong ngan Myeongdong..hehee










 Beli monopod baru kat sini. Murah jek Won3000. Acah2 RM3.00 laaa..
Kalo betol2 after convert jadik RM12.00..erkk..





Dah puas ronda, jom la kite balik.
Masa balik tu dah dekat pukul 6pm dah.
Tak sabar nak balik myeongdong nak makan kebab gemok tu.
Lapor kottt.

Maas balik tu kebetulan bertembung ngan orang balik keje...huhuu
memang penoh la subway nanti.


Sampai myeongdong terus beli pape yang patot untuk dinner.
malam nie memasing tamo makan nasik.
pikir nak mengemas jek.
Besok nak check out nak tukor guesthouse lain.
Habis dah day 3 yang serba serbi free and easy je.
Nampak simple je aktiviti hari nie tapi still best and puas hati.
Besok kite sambung day 4 kat jajahan Nami Island eh.
Jangan kata Nami Island, kitorang nak jejak Petite France ngan Morning Calm sekali.
Alang2 dah jejak Seoul, kena pegi situ.
Carik experience tempat baru.
Stop dulu.
Jumpe lagi nanti.
Tata