This Blog Totally Mine

~ My Life and My Journey is dedicated specially for those who want to share the meaning of peaceful and lovely moments. Holidays..cooks..bakes..families..friends..all about my lovely ones. Do enjoy reading and let it close to your mind..please for do not copy or xerox any pics without my permission..peace!! ~

Followers

Thursday, July 20, 2017

K-Grand Hostel, Myeongdong, Seoul, Korea

Yessss..
Nak review hotel nie.
Tapi yang aku stay nie consider hotel yang berkonsepkan 'guesthouse'.
kenapa aku pilih guesthouse nie?
1. Location - Seriously 5 bintang.
2. Facilities - Superb
3. Harga - Sesuai ngan budget aku.
Konsep guesthouse nie aku rekemen sebab banyak kemudahan macam acah2 kat umah berbanding hotel.
Untuk kite as a muslim memang sesuai la since kita banyak bawak bekalan kan.
nak masak la, panaskan lauk la.
So memang sangat mudah.

1. Location
a) Kawasan nie happening. Aku suka tempat2 happening. Kat sini every night ada night market.
so ko nak carik food hawker or street foods memang finger tips la. Tak risau pasal makan.
As long as halal, ko tau kelogikan dan kerasionalnya bole dimakan, yes silakan makan. Korang takkan 
kebulur kalo dok area myeongdong nie.
b) Guesthouse aku pon dekat ngan subway and bus stop (to aiport). 
Jauh die lingkungan kurang dari 1km, jalan kaki around 5 minit lebih kurang.
c) Banyak kedai serbaneka macam 7e tu. So senang korang nak beli barang2 urgent.
d) From this guesthouse, ko senang nak kemana2. Banyak yang walking distance. 
Nandaemun Market - 8 minit
Namsan Tower - 10 minit
Lotte Mall - 7 minit
All kedai2 kosmetik and kedai serbaneka memang just around.


Subway Myeongdong korang kena ikut exit no 6. Exit2 lain pon boleh jugak.
Tapi jangan guna exit 4, 3, 2 sebab tu dah jauh, consider dah exit opposite jalan besar tu. 



Haaa..cer tengok keliling guesthouse tu ape yang ade? Keliling tu semua memang pusat shopping heaven manosia doniawi. Standby wit bebanyak bior tak putih mata..kahkahkahh
every night setiap jalan tu ada night market hokayy. Setiap malam bila kitorang balik berjalan
keluar kat exit 6, kitorang kena tempoh dulu night market baru sampai guesthouse.
Keluar pintu exit 6 je dah ada night market hokayyy. LOCATION SUPERB!!!



K-Grand Hostel 3rd floor


Pintu masuk Guesthouse tu kena jumpa restaurant nie dulu. Naik tangga tu belah kiri
ada lift. Guesthouse tu kat 3rd floor.



2. Facilities
a) Guesthouse nie ada pantry sendiri. Ko bole panaskan lauk using their microwave. Ada air panas/sejuk. Bole laundry baju sendiri - free jek. Pagi pon ada simple breakfast. Makan je la
sampai korang kenyang. Pastu baru bole gi berjalan sakan sebab dah ada tenaga..yeahh!!
b) Bilik even kecik tapi sangat selesa. Bersih and kemas. Toiletteries pon ada.
c) Bawah guesthouse ada minimarket. Bole soping barang kat situ. Harga pon murah, not bad.
Kitorang beli nasik segera ngan susu pisang kat situ je.
3. Harga
Harga die not so bad. Aku dapat harga die around RM230.00 semalam. Tu memang harga kat area2 attraction macam myeongdong nieh. Pada aku harga tu just nice and berbaloi ngan kemudahan ang location yang ko dapat. 


Stay situ 3 malam total RM692.25 siap ngan tax. Satu malam consider RM230 kongsi bayo 2 orang. Bayar mahal sikit sebab kemudahan die yang best meletop2. Memang tak menyesal. 


Nie bilik saye :)
Tido 3 orang bole lagi nie. Bilik tak beso sangat and yang tu aku dah tau. 
Seoul punye area memang very limited and sangat mahal. Sebab tu Guesthouse kecik macam nie harga die pon mantul2. Tapi disebabkan kemudahan die yang superstar dalam tu buat korang letak tepi aura bilik kecik tu. Yang penting, 
1. bilik bersih and semua in order
2. Katil die best. Bantal best. Comforter best. Semua tu buat ko tido tak bangun2..hahaha
3. basic ammenities ada, toilet, fridge, tv, cermin melawo, sangkut2 baju..etc
4. Ekon sejuk
5. Paling penting sangat SELESA


Ada cermin, meje solek, hair dryer, fridge


TV nie selalu terbukak tapi kitorang tak tengok sangat pon..hahahaa


Small bathroom tapi sangat bersih and selesa. Shampoo pon hadeee..


Paling suka kat sini. Tempat kitorang lepak2, makan2, sembang2. Bole panaskan lauk pauk kat microwave tu. Bole laundry jugak. Mesti ada question, bole ke pakai barang2 kat situ. Mangkuk la cawan la pinggan la, sudu garfu lagi?
Kalo ikut logik akal and experience 6 hari aku kat sana, kebanyakkan yang berbekal2 makan nie
semua orang muslim je. So barang2 tu kebanyakkan orang kita yang pakai. Orang2 kafirun kebanyakan dorang makan kat luar/restaurant. Dorang tak makan masak2 macam kita. Sebab pada dorang takde masalah bab makanan tak macam kita yang carik halalan toyyiban. Lagi satu kos makan luar ada la mahal kededek dari yang bawak sendiri. Hellooooo..aku save makan around RM500 yer sebab bawak bekal sendiri kat sini...malas nak cakap *libas tudung


Simple breakfast. Ada roti, toaster, telur, cereal. Consider more than enough for me.
LOVE it!!!!


Haaa..kat guesthouse nie pakai yang international plug jenis 2 pin. 
Aku punyer international plug langsung tak suit.
Last2 pakai yang guesthouse punyer 2 bijik. Consider sewa la, sebijik Won10k. So masa kitorang
check out pulang balik plug tu then guesthouse refund balik duit. Senang kan?


Haa..gini rupa bentuk muka bumi dieee..


Nie lorong2 kat myeongdong - suasana pagi 7.00am


Jalan straight kat depan tu, belah kanan dah subway. Pagi memang sunyi sepi je, jap lagi pukul 9am dah meriah dah. Start pukul 5pm lagi la meriah...weehuu!!!


Model i tengah berjalan kaki tu

Tips aku - kalo korang nak carik hotel or guesthouse sila carik yang dekat ngan subway. Kat sini 
memang korang banyak berjalan. Subway yang dekat ngan pintu guesthouse/hotel memang sangat2
membantu. Takdelah korang stress sangat time nak menapak balik tu..huhuu

Lepas nie aku buat review entry untuk Mizo hotel pulak. Dua2 ada pro and cons die. Tapi pada aku dua2 bagus. Terpulang pada apa yang ko nak. Yang penting aku dah rasa dua2. Dua2 pon aku rekemennnn kat korang..ecececeehhh..

Tu je la yang aku nak cite. Nak lagi detail korang bole check kat google yerr. Aku tolong review lite2 je nie.

Tata.



No comments:

Post a Comment